Friday, August 15, 2008

ALL-KISAH

APA LAH NASIB JOHOR

Terowong rahsia

Di Bawah Tambak Johor
Ada Terowong Rahsia?


Di bawah Tambak Johor ada satu terowong rahsia. Begitulah kata seorang
Penulis yang menggunakan nama pena Ketua Perusuh.

Kenyataan di atas terkandung dalam satu artikel yang berjodol Kenapa Johor?
Artikel itu disiarkan oleh lamanweb <
mailto:marh@ ein> marh@ein dan
lamanweb ketua perusuh.

Kenyataan di atas sungguh menggemparkan. Adakah ianya benar? Adakah ianya
sekadar satu imajinasi? Siapakah yang boleh mengesahkannya?

Apa pun, kenyataan di atas mengingatkan saya kepada kata-kata seorang
sahabat saya di Johor Bahru yang saya muatkan dalam buku saya, Mahathir
Menyinga, seperti berikut:

Malaysia kena siasat. Malaysia kena siasat betul-betul. Malaysia kena
siasat betul-betul, apa pasal Singapura mati-mati enggan pecahkan Tambak
Johor. Malaysia kena siasat betul-betul, kenapa Singapura enggan Tambak
Johor digantikan dengan sebuah jambatan baru.

Apa ada di bawah tambak itu? Jangan-jangan di bawahnya ada terowong sulit.

Entah-entah terowong sulit itu sudah tembus sampai ke Bandaraya Johor Bahru.

Kenyataan sahabat saya seperti di atas adalah hipotetikal. Hanya suatu andaian. Tetapi, Ketua Perusuh seolah-olah mengesahkan adaian berkenaan
seperti berikut:

Umum mengetahui Tambak Johor hanyalah sebuah tambak penghubung. Namun
sebenarnya pihak British ada menyediakan satu laluan khas di bawah tambak
tersebut untuk memudahkan mereka melarikan diri jika berlakunya ancaman
perang di Semenanjung Tanah Melayu.

Laluan ini sudah lama, malah majoriti rakyat Malaysia tidak pernah tahu
akan kewujudannya. Hanya pihak Singapura sahaja yang mengetahui akan lokasi
sebenar serta pelan lakaran bagi laluan tersebut.

Mungkinkah Tun Dr. Mahathir Mohamad mengetahui kewujudan terowong rahsia
ini? Mungkinkah hakikat ini yang jadi salah satu sebab strategik mengapa
Tambak Johor mesti dipecah dan digantikan dengan sebuah jambatan?

Wisma Putera wajar menghubungi Singapura untuk mempastikan kewujudan
terowong rahsia itu. Ini penting kerana kewujudan terowong inilah yang
mungkin mendorong Singapura berdolak-dalik mengenai pembinaan sebuah
jambatan untuk menggantikan Tambak Johor.

Pihak perisikan Malaysia pula wajar menyiasat kenyataan Ketua Perusuh
seperti di atas. Kalau benar, hakikat kewujudan terowong rahsia ini
perlulah didedahkan dengan segera. - Ruhanie Ahmad.

Terowong Rahsia Di Tambak Johor:
Lapan Kaki Tinggi, 11.5 Kaki Lebar

Misteri terowong rahsia yang dibina oleh British di bawah Tambak Johor Kini
jadi semakin jelas kisahnya.

Seorang aktivis masyarakat di Johor Bahru, hari ini menghubungi
http://www.mayapute ra.blogspot. com/. Beliau memberikan beberapa perincian
mengenai terowong berkenaan.

Katanya, kisah terowong itu terdapat dalam antara 95 fail mengenai
"kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak
Johor."

Katanya lagi, antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di
bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya.

Tambahnya, dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah
untuk

kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor,
menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura.

Tetapi, katanya, berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan
air ke Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang
merentasi Selat Teberau seperti yang wujud pada hari ini.

"Oleh itu, tak ada siapa yang kini tau mengenai kegunaan semasa terowong
yang dibina di bawah Tambak Johor itu.

"Sebab itulah juga anak-anak Johor yang tau hal terowong ini sangat-sangat
kecewa bila Jambatan Bengkok dibatalkan pembinaannya, " katanya.

Seorang lagi pembaca
http://www.mayapute ra.blogspot. com/
pula menyatakan
bahawa di dalam terowong berkenaan ada tersimpan berpeti-peti "mangga."

Saya minta dia menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan "mangga."
Tetapi,

pemanggil itu sekadar menyatakan bahawa pemerintah Malaysia sepatutnya
tahu mengenainya.

Tetapi, walau apa pun yang tersimpan di dalam terowong tersebut, hati kecil
saya tertanya-tanya: macam mana kalau ada pihak-pihak tertentu kini
Menggunakan terowong itu untuk sesuatu operasi pengintipan dan sebagainya?

Suara hati kecil saya ini mungkin merupakan satu kebimbangan yang tidak
Berasas. Tetapi, bila kita mengenangkan kelicikan sesetengah pihak tertentu
mutakhir ini, siapakah yang boleh mempastikan kegiatan seperti ini tidak
akan berlaku?
Mungkin juga akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowong
berkenaan disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan Malaysia,
maka Tun Dr Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan
dengan sebuah jambatan.
Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada pihak-pihak
tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu
dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek itu dibatalkan.
Mungkinkah begitu hakikatnya?
Oleh itu, saya harap pihak pemerintah Malaysia akan mempastikan kewujudan
terowong rahsia ini. Selepas itu, pastikan pula ianya tidak dicerobohi



No comments: